Selasa, 23 Julai 2013

Bonus Raya 2013. Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat & Kakitangan Awam?

by Staff Berita Semasa on July 23, 2013
bonus raya 2013
Bonus raya 2013 : Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tidak angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan. Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang. Minta kurang? Dapat ________________
Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.
Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.
Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.

Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013

 

dipetik dari http://www.beritaterkini.my/bonus-raya-2013

Jumaat, 19 Julai 2013


 

Suami Non muslim Juga Pilih Perawat Sesama Jantina


Kadar Aurat Yang Boleh Dilihat Perawat

Banyak pengalaman yang telah ditempuhi dalam usaha memelihara hijab ketika mendapatkan rawatan perubatan.  Para pembaca yang berminat membaca catatan pengalaman tersebut, boleh “search” entry-entry lama di sini.  Antaranya ialah “Jangan Buka Tudung Semasa X Ray” dan  ”Di Bilik Pembedahan:  Baju Lengan Pendek Pula!”
Faktor utama yang menjadi pemangkin usaha yang bersungguh-sungguh ialah hati yang mahu mendapat reda Allah dan kasih sayangNya.
Faktor lain yang memicu usaha ialah  faham prinsip dan kaedah hukum fiqh dalam beramal dengan sesuatu.  Jadi kita ada panduan bertindak  yang menepati kaedah syarak. Dunia adalah tempat bercucuk tanam, akhirat jua tempat tinggal yang kekal abadi dan tempat menuai hasil.  Jadi seboleh-bolehnya, peluang hidup yang hanya sekali mahu saya manfaatkan untuk mendapat sijil bahagia di akhirat kelak.  Semua itu hanya dapat dilakukan dengan taufik, hidayah dan pertolongan Allah jua.
Ada banyak hospital yang menjadi pilihan pelajar Malaysia bersalin di sini.  Saya memilih The Royal Women’s Hospital (The Women’s) selepas mendapat pandangan beberapa orang kawan.  Pada hari pertama berkunjung ke sana, saya duduk di ruang menunggu.  Setiap perawat akan keluar ke ruang menunggu untuk memanggil nama pesakit.  Tiba-tiba saya lihat ada lelaki yang berbuat demikian. Fikiran digaru pertanyaan, “Lelaki itu sebagai apa pula ya? Adakah dia doktor di sini juga?”  Saya menyangka semua petugasnya terutama doktor-doktor adalah wanita. Hati mula gelisah.  Bimbang perawat yang bakal memeriksa adalah lelaki.  Saya juga percaya suami yang menemani turut merasa tidak selesa dengan suasana tersebut.  Alhamdulillah, tidak lama kemudian, seorang wanita memanggil nama saya.  Lega!  Baru saya tahu, rupa-rupanya ada juga jururawat dan doktor lelaki bertugas.
Selepas peristiwa itu, saya selalu memastikan setiap rawatan susulan mendapat perawat wanita.  Setiap kali membuat temujanji, kita boleh meminta perawat wanita. Staf yang bertugas akan mencatat permintaan kita pada tarikh temujanji.  Alhamdulillah, sepanjang membuat pemeriksaan kehamilan, saya hanya diperiksa oleh jururawat dan doktor wanita sahaja.  Sebelum ke hospital saya sudah meninjau daripada pelajar Malaysia yang membuat praktikal perubatan di sana.  Hasilnya memang tidak ditemui doktor muslimah di bahagian obstetrik.  Jadi saya usahakan langkah kedua dalam memilih perawat bagi pesakit wanita iaitu perawat wanita non-muslim.


Disiplin Menentukan Darurah
Hukum asal menutup aurat adalah wajib.  Kadar aurat yang wajib ditutup berbeza berdasarkan siapa yang ada bersama wanita ketika itu sama ada lelaki ajnabi, muslimah dan wanita non-muslim.  Keutamaan memilih perawat adalah berdasarkan kadar aurat yang boleh terbuka kepada mana-mana individu itu tadi dan sifat adil serta amanah.  Kebolehan membuka aurat ketika rawatan adalah kerana menurut kaedah fikah yang berbunyi, Darurat mengharuskan perkara yang dilarang.  Maksudnya  setiap sesuatu yang diharamkan oleh syarak boleh bertukar menjadi harus ketika darurat.  Perkara haram yang  diharuskan  dalam keadaan darurat  ini dinamakan rukhsah.
Tahap darurah mesti menurut piawaian syariat juga dan tidak boleh diambil berdasarkan sangkaan.  Sebagai contoh:  Ibu hamil yang mampu membayar khidmat doktor wanita di pusat rawatan swasta wajib mengusahakan doktor wanita agar kewajiban memelihara aurat dapat diteruskan dibandingkan mendapat rawatan di hospital kerajaan tetapi tidak dapat memilih perawat wanita.  Terdapat kes-kes wanita hamil yang sanggup membayar kos yang mahal semata-mata mahu mendapatkan khidmat pakar perbidanan lelaki. Perkara ini bertentangan dengan tuntutan syariat Islam meskipun dikatakan pakar perbidanan lelaki lebih lembut dan sebagainya.  Jika sudah berkemampuan, keutamaan adalah mencari pakar perbidanan wanita juga.
Saya percaya wanita yang baik, faham dan menghayati agama akan berusaha memelihara auratnya bersungguh-sungguh.  Auratnya adalah maruahnya.  Auratnya adalah ekslusif untuk suaminya lebih-lebih lagi aurat yang paling berat bagi wanita.  Secara fitrah, wanita menjadi istimewa kerana miliki rasa malu yang tinggi berbanding lelaki.  Jadi ia menyongsang fitrah apabila ada yang sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk memperlihatkan aurat yang paling  berharga kepada bukan mahramnya.  Saya juga percaya suami yang normal pasti tidak suka dan merasa cemburu lelaki ajnabi melihat aurat isterinya sama ada sedikit atau banyak.
Dalam satu kes di The Women’s, sepasang suami isteri beragama Kristian mendapatkan rawatan kehamilan.  Apabila masuk ke bilik perawat, si suami melihat doktor lelaki yang bertugas.  Dia lantas meminta digantikan dengan doktor wanita.  Doktor lelaki itu memberitahu bahawa setiap doktor sudah ada pesakitnya dan ada jadual masing-masing.  Si suami bertegas mahukan doktor wanita juga  yang memeriksa isterinya.  Akhirnya doktor lelaki itu terpaksa mengalah dan menyerahkan tugasannya kepada pelajar perubatan perempuan sambil memberitahu apa yang patut dilakukannya.  Pelajar itu adalah pelajar Malaysia yang menceritakan hal ini kepada saya.
Subhanallah!  Benarlah Islam itu agama yang sesuai dengan fitrah manusia.  Dalam situasi si isteri itu tidak pun menutup aurat seperti muslimah. Malah paling tinggi pun, pemeriksaan kehamilan hanyalah melihat bahagian perut, belum pun lagi melihat bahagian ‘pintu keluar bayi’, si suami begitu tegas tidak mahu doktor lelaki menyentuh dan melihat isterinya.  Saya terpegun mendengar cerita ini.  Terfikir betapa ramai muslim yang mudah sahaja menyerahkan isterinya kepada perawat lelaki tanpa usaha yang bersungguh-sungguh memelihara maruahnya terutama dalam kes bersalin.  Jika kita bersungguh-sungguh menjaga hak-hak Allah, Allah pasti bersungguh-sungguh juga memelihara kebajikan kita serta memberikan perlindunganNya.
Kadar Aurat Yang Boleh Dilihat
Satu kaedah fikah yang berkait rapat dengan kaedah yang diberikan sebelum ini ialah sesuatu yang diharuskan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja.  Aplikasi semasa memeriksa kehamilan, seorang doktor harus memandang aurat wanita di kawasan yang perlu sahaja.   Aplikasi dalam kes bersalin,  bahagian paha, betis dan kaki wajib ditutup bila diuruskan oleh perawat lelaki.  Manakala jika diuruskan oleh perawat wanita, maka bahagian paha hingga ke lutut wajib ditutup.  Saya pernah melihat seluar yang direka untuk wanita bersalin yang mana ia terbuka di bahagian saluran kelahiran sahaja.
Insya Allah, usaha-usaha mematuhi syariat ke tahap maksimum sedang diusahakan oleh para perawat yang menghayati agamanya.  Saya berharap usaha yang baik ini akan mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam bidang kesihatan sama ada pihak kementerian kesihatan, hospital-hospital kerajaan mahu pun swasta dan para perawat yang bertugas.
Apa yang kita belanjakan kerana mematuhi syariatNya akan diganti dengan rezeki yang lebih baik lagi.    Segala penat lelah dalam berusaha meraih redaNya pasti dibalas ganjaran yang besar di akhirat kelak.  Di dunia kita mendapat kasih sayang, rahmat dan keampunan Ilahi.  Di akhirat akan mendapat nikmat terbesar yang ditunggu-tunggu oleh semua mukmin iaitu menatap wajah Allah azza wajalla.  Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu.
Allah berfirman di dalam Surah Saba’ ayat 39, “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya.  Apa sahaja yang kamu belanjakan maka Allah akan menggantikannya.   Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”

Diambil dari Ummu Abbas

Ahad, 14 Julai 2013

S3 meletup

 
 
 
 
 
 
 
 
Seorang remaja swiss melecur dibahagian peha apabila telefon pintar beliau Samsung Galaxy S3 meletup didalam poket.

Fanny Schlatter ,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket seluarnya. Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny schallater berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar.’
Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital.



















Cik schalleter menjelaskan:”Nasib baik rambut saya telah diikat dan mempunyai sweater yang sukar terbakar”.Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan pengguna.
Ini bukan kali pertama bateri telefon telah meletup. Di tempat lain, bateri telefon secara spontan terbakar dalam poket belakang seorang lelaki dalam sidang DEFCON hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010, dan pada tahun 2009, seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau meletup sehingga terputus arteri lehernya.
Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit. – Dailymail

Khamis, 11 Julai 2013

PENYAKIT HATI- GADIS 19 TAHUN BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE

 GADIS 19 Tahun Bunuh Diri Di Berjaya Times Square (5 Gambar)



Sebentar tadi, jam 11 pagi, mayat seorang wanita ditemui di lobi Berjaya Times Square shopping mall, berhampiran booth U Mobile. Mayat gadis cina yang dipenuhi darah itu dipercayai telah terjun dari tingkat 6 shopping mall tersebut.





Sumber : Here