Seorang remaja swiss melecur
dibahagian peha apabila telefon pintar beliau Samsung Galaxy S3 meletup didalam poket.
Fanny Schlatter ,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket seluarnya. Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny schallater berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar.’
Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital.

Cik schalleter menjelaskan:”Nasib baik rambut saya telah diikat dan mempunyai sweater yang sukar terbakar”.Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat
produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara
menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. “Kami ingin
memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja
mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan
kemudahan dan keselamatan pengguna.
Ini bukan kali pertama bateri telefon telah meletup. Di tempat lain,
bateri telefon secara spontan terbakar dalam poket belakang seorang
lelaki dalam sidang DEFCON hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010,
dan pada tahun 2009, seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau
meletup sehingga terputus arteri lehernya.
Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap
berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit. – Dailymail

Tiada ulasan:
Catat Ulasan