Sabtu, 3 Ogos 2013

bayi ada ekor?

Bayi Tujuh Bulan Ditumbuhi Ekor


China – Seorang ibu di wilayah Guangdong merayu pakar perubatan agar mengubati bayi lelakinya yang berusia tujuh bulan, yang mempunyai ekor di belakangnya.



Xiao Wei
Ekor sepanjang tiga inci itu melekat di belakang Xiao Wei dan ia bertambah panjang.
Menurut wanita itu, Chen, dia telah meminta bantuan daripada pakar bedah untuk membuang ekor tersebut, namun mereka menyatakan ia bukan satu proses yang mudah.
Dalam pada itu, seorang pakar bedah, Huang Chuanping berkata, Xiao Wei lahir dengan keadaan `pemecahan tulang belakang’ menyebabkan pembentukan tulang belakangnya tidak sempurna.
“Ekor itu kini semakin membesar dan telah memanjang 10 sentimeter.
“Jika kita memotongnya, maka ia akan tumbuh semula. Kita perlu membaiki laluan tulang belakang terlebih dahulu bagi menyekat pertumbuhan ekor tersebut,’’ katanya.
Myelomeningocele sering berlaku ke atas satu daripada 800 kelahiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan